Friday, October 29, 2010

PERALATAN & KAEDAH BEKAM SUNNAH

PERALATAN BEKAM

1) Satu set alat bekam termasuk cup dan pam vakum.

2) Alchohol swab (untuk sterilkan kawasan badan yang dibekam)

3) Jarum pakai buang (lancet)

4) Tisu (untuk mengesat darah kotor pada badan)

5) Sarung tangan getah

6) Dettol cecair (untuk rendam/steril set alat bekam setelah digunakan)



7) Pen Bekam


KAEDAH RAWATAN BEKAM SUNNAH

1) Pakai sarung tangan getah terlebih dahulu.

2) Letakkan cup bekam pada bahagian badan dan sedut guna pam vakum 5 minit.

3) Cabut cup tadi.

4) Cucuk guna Pen Bekam dalam 20 tusukan pada bahagian badan tadi.

5) Letak cup semula dan sedut guna pam vakum selama 10 minit.

6) Darah kotor akan keluar dan sapu menggunakan tisu bersih.

7) Kemudian tusuk dengan Pen Bekam tempat yang sama tadi 20 tusukan dan sedut selama 10 min semula.

8) Sapu darah kotor yang keluar kali kedua tadi dengan tisu bersih.

9) Sapu dengan alcohol swab kawasan yang telah selesai dibekam untuk proses steril.

10) Sapu kepala pen bekam dengan alcohol swab setiap kali selepas digunakan untuk proses steril.

11) Rendam semua cup bekam yang terlibat tadi 10min dalam cecair Dettol untuk steril.