Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar, berbekam darah pada kawasan tengkuk, bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa lebih ringan.
Bekam atau dalam bahasa Arab dikenali sebagal Al-Hijamah merupakan proses membuang racun, toksin, bahan kimia dan sel darah merah yang mati, merangsang pengeluaran zat antibodi dan hormon dalam tubuh badan. Baik untuk mencegah penyakit seperti gatal-gatal, resdung, kebas, stress, migrain, jerawat, kelesuan dan gout.