Tuesday, September 25, 2012

SIHIR PELARIS DAN AKIBATNYA

Sihir pelaris selalunya diamalkan oleh mereka yang bersaing di dunia perniagaan bagi melariskan perniagaan masing-masing.  Terdapat pelbagai jenis pelaris yang digunakan seperti pelaris yang digunakan di badan, pelaris yang diletakkan di kawasan dan pelaris yang diletakkan pada produk perniagaan.
Antara kaedah yang boleh diamalkan untuk meneutralkan sihir pelaris ialah:
  1. Baca Al-Fatehah 4x
  2. Selawat 11x
  3. Baca Kursi 7x atau 5x atau Bismillah 5 sebanyak 7x
  4. Tiupkan pada premis atau makanan yang disyaki mempunyai sihir pelaris dengan niat agar Allah SWT memusnahkan sihir pelaris tersebut. InsyaAllah.
Sekiranya"instinct" atau gerak hati kita tidak merasa apa-apa, InsyaAllah tempat itu tiada pelaris tetapi sekiranya terasa berat hati atau was-was, lebih baik tinggalkan sahaja.

Ilmu sihir pelaris ini adalah berbahaya kerana ia akan menghitamkan hati mangsa yang terkena ilmu ini dan menyebabkan seseorang itu susah untuk mendapat hidayah daripada Allah SWT dan untuk menerima kebenaran.  Selain itu, ia akan menjadi pemangkin kepada sifat mazmumah yang ada di dalam diri sehingga merosakkan akhlak.

Selain buat rawatan ruqyah untuk membatalkan sihir, anda juga boleh buat rawatan aura seri untuk memulihkan aura positif di dalam diri anda.  InsyaAllah anda akan kembali pulih, bersemangat, berseri dan lebih tenang dan gembira.

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.