Wednesday, November 27, 2013

BEKAM ATASI MASALAH KEBAS-KEBAS DI KAKI

Pagi tadi terdapat seorang wanita yang telah datang untuk pertama kali berbekam.  Beliau mengadu bahagian betis dan kaki beliau selalu sangat sakit-sakit seperti sengal-sengal berbisa apabila berjalan.

Maka, saya telah buat rawatan bekam di bahagian kedua-dua betis, di kiri dan kanan sisi buku lali kaki beliau.  Ternyata dibetis beliau darah yang keluar agak kehitaman.  Di sisi buku lali kaki kiri beliau pula darah keluar dengan banyaknya.

Setelah dibersihkan darah yang keluar itu rupanya berlendir.  Ini menunjukkan perjalanan darah beliau kurang lancar dan telah menyebabkan masalah sakit di kakinya.  Setelah rawatan siap beliau mengatakan agak terasa lega sedikit.  Inn Shaa Allah semoga beliau mendapat kesembuhan daripada rawatan bekam ini.

Untuk temujanji sila hubungi saya PN NOTT di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: RM5 per cup