Saturday, December 28, 2013

BEKAM UNTUK ATASI MASALAH KEBAS-KEBAS TANGAN

Pada minggu lepas 24 December 2013 saya telah membekam seorang pesakit wanita yang mengalami masalah kebas-kebas tangan setelah beberapa hari.  Saya telah membekam di setiap sendi tangan beliau termasuk di bahagian permukaan tangan kerana masalah jari jemari turut terasa kebas.


Pada peringkat awal dibekam darah yang keluar kehitaman dan hampir separuh cup.  Kemudian saya membekam untuk kali kedua, didapati darah yang keluar agak berbuih.  Ini menunjukkan darah kotor tersebut telah bercampur dengan angin.


Setelah berbekam beliau terasa lega dan ringan di bahagian yang kebas.

Untuk temujanji bekam sila hubungi Pn Nott @ 019-285 2849 (Pusat Terapi Syifa, Section 7, Shah Alam)