Wednesday, September 24, 2014

PERSEDIAAN SEORANG JURUBEKAM

Berbekam bukan pekerjaan mudah bagi seorang jurubekam.  Seseorang jurubekam itu perlulah ada ilmu tentang bekam, sudah mencuba rawatan berbekam, sudah membekam orang-orang yang terdekat dengan beliau, bersedia menerima tempias yang kemungkinan ada akibat proses berbekam, perlu berani, perlu kuatkan fizikal dan rohani amnya. 

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya"

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.