RAWATAN RUQYAH

Rawatan ini bertujuan untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah gangguan jin, sihir, saka, santau, histeria dan lain-lain.  Pesakit boleh dengar dengan jelas bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan oleh perawat kami. 

JENIS-JENIS RAWATAN

RAWATAN SIHIR PENGASIH
RAWATAN SIHIR PENGASIH (bayaran seikhlas hati)
Petanda terkena sihir ini ialah pesakit sering termenung ,rasa keliru, sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali, nafsu membuak-buak pada pasangan yang baru dikenali, sering sakit tulang belakang tanpa sebab klinikal dan sering bermimpi ular hitam. Pesakit sila datang bawa sebotol air mineral 5 liter untuk terapi Al-Quran, bayaran seikhlas hati.

RAWATAN SANTAU
RAWATAN SANTAU (bayaran seikhlas hati)
Petanda terkena santau ialah sering batuk berpanjangan, gatal di kawasan tekak dan dada, biasa-bisa sendi, muntah darah, mimpi objek berbisa, badan panas/seram sejuk menjelang Maghrib, kuku kehitaman dan tangan sering berpeluh.  Pesakit sila datang bawa air mineral 5 liter sebotol & sebotol madu untuk terapi Al-Quran, bayaran seikhlas hati.

RAWATAN SIHIR PEMISAH RUMAHTANGGA
RAWATAN SIHIR  PEMISAH RUMAH TANGGA (bayaran seikhlas hati)

Petandanya ialah kerap gagal melakukan hubungan kelamin, nafsu dingin, kerap bermimpi ular hitam, bermimpi jatuh dari tempat tinggi, bermimpi berada di tempat kotor, mimpi seram, sering pening kepala, sakit pinggang tanpa sebab klinikal selepas waktu Asar ke atas, kerap bergaduh perkara remeh-temeh, benci bila melihat muka pasangan dan terdengar bunyi guli di atas syiling rumah. Pesakit sila datang bawa sebotol air mineral 5 liter untuk terapi Al-Quran, bayaran seikhlas hati.

RAWATAN BUANG SUSUK
RAWATAN BUANG SUSUK (bayaran seikhlas hati)
Susuk jika tidak dibuang akan menyebabkan pesakit mati dalam penuh keazaban. Tujuan mereka memakai susuk adalah untuk kecantikan palsu di mana jarum/objek yang dimasukkan ke dalam kulit wajah ada unsur ikatan dengan jin/syaitan. Pesakit sila datang bawa sesikat pisang emas, air mineral 5 liter sebotol dan bayaran seikhlas hati.

RAWATAN SIHIR PELALAU
RAWATAN SIHIR PELALAU (bayaran seikhlas hati)
Petanda sihir ini lebih kepada berat jodoh di mana pesakit sering menolak lamaran pasangan di saat-saat akhir, wajah kusam tiada seri dan sering sakit pinggang selepas waktu Asar ke atas.  Pesakit sila datang bawa sebotol air mineral 5 liter untuk terapi Al-Quran, bayaran seikhlas hati.

RAWATAN BUANG ILMU SALAH
RAWATAN BUANG ILMU SALAH (bayaran seikhlas hati)
Petanda orang mengamalkan ilmu salah ialah sifatnya panas baran, wajah kusam kehitaman dan mata agak garang kemerahan.  Ilmu salah di sini ialah menuntut segala ilmu kebatinan ataupun silat batin, reiki, tenaga dalam dan paranormal.  Pesakit yang inginkan rawatan sila bawa sebotol air mineral 5 liter untuk terapi Al-Quran, bayaran seikhlas hati.

RAWATAN PULIH KERJAYA/PERNIAGAAN
RAWATAN PULIH KERJAYA/PERNIAGAAN
Bagi mereka yang sering mengalami masalah hilang fokus dalam kerjaya/perniagaan, tiada bersemangat, badan terlalu lesu bila di tempat kerja/kedai, kerjaya/perniagaan merosot mungkin juga anda sedang mengalami sihir tanpa anda sedari. Pesakit sila datang bawa sebotol air mineral 5 liter untuk terapi Al-Quran, bayaran seikhlas hati.

RAWATAN SIHIR JERUT
RAWATAN SIHIR JERUT (bayaran seikhlas hati)
Sihir ini kerap terjadi pada pasangan yang baru berkahwin, zakar suami kerap layu apabila hendak melakukan hubungan kelamin dengan isteri. Masalah hubungan kelamin ini berlaku secara konsisten, sihir ini terjadi akibat hasad dengki sesuatu pihak.  Pasangan sila datang berubat bawa sebotol air mineral 5 liter, daun bidara 50 helai untuk sesi terapi Al-Quran. Daun bidara boleh didapati di Masjid Al Falah USJ9 Subang Jaya.

RAWATAN GILA MEROYAN
RAWATAN GILA MEROYAN (bayaran seikhlas hati)
Gila meroyan kerap terjadi pada kaum ibu yang baru melahirkan anak, ini terjadi bila ada unsur gangguan menyebabkan si ibu hilang kawalan dan ingin mencederakan bayinya sendiri. Pesakit sila datang bawa air mineral 5 liter sebotol untuk sesi terapi Al-Quran, bayaran seikhlas hati. 

RAWATAN BUANG SAKA
RAWATAN BUANG SAKA (bayaran seikhlas hati)
Petanda terkena saka ialah sering bermimpi menyusukan bayi, mimpi rumah lama, mimpi dikelilingi kanak-kanak, mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia, tahu sesuatu perkara sebelum terjadi, mendakwa boleh melihat makhluk halus, salasilah keturunan ada yang boleh mengurut, bidan ataupun boleh mengubat secara tradisional, sering sakit/pengsan bila menziarahi orang meninggal dunia, sakit lutut bila usia tua, nyanyuk bila usia tua.  Pesakit sila datang bawa sebotol air mineral 5 liter untuk terapi Al-Quran, bayaran seikhlas hati.

Caj Rawatan: Seikhlas hati

Info lanjut: www.rawatanislam.org 
_______________________________________________________________

RAWATAN RUQYAH KE TEMPAT ANDA AREA KL | SELANGOR | SEREMBAN

Rawatan ruqyah ke tempat anda untuk seisi keluarga, pagar rumah, pejabat, premis perniagaan, sekolah dan kilang turut diterima.

Caj Rawatan: 
1. Caj akan dikenakan mengikut area

Info lanjut: www.rawatanislam2u.org